PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

[VoiP] Menerapkan Nilai Kemanusiaan

Rate this item
(0 votes)

Nasr City, 18 Februari – Malam Amal Voice of PEACE (VoiP) anjuran PERUBATAN for PEACE & CARE (PEACE) berlangsung dengan jayanya di Solah Kamil Conference Hall.

“Program seperti ini dapat memberi nilai tambah kepada pelajar seterusnya menerapkan nilai kemanusiaan yang tinggi dalam diri,” ujar Yang Berbahagia TYT Ku Jaafar Ku Shaari Duta Besar Malaysia Kaherah dalam ucapan perasmiannya. Ahli dewan kemudiannya dikejutkan dengan gimik lakonan merampas semula kunci kebebasan.

Forum Barah al-Wahn yang menampilkan tetamu jemputan dari Malaysia, Ustaz Dusuki Abd Rani, aktivis mahasiswa Mesir, Ustaz Ahmad Ulwan Hassim dan dikendalikan oleh Saudara Hamdi Razali mendapat tumpuan seluruh ahli dewan. Menurut Ustaz Dusuki, punca manusia terjebak dengan barah ‘al-wahn’ kerana cintakan jawatan, harta, bangsa dan keluarga.

1960095 10203245576599009 668369608 n

Malam Amal VOIP ini diakhiri dengan sesi bidaan bingkai gambar Syeikh Ahmad Yassin yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyeh. Permulaan bidaan hambar kerana ketiadaan peserta dari Universiti Kaherah yang terpaksa pulang lebih awal, namun provokasi dari Saudara Zaim bin Samsuri berjaya merancakkan sesi bidaan. Saudara Luqman Hakim daripada Universiti Tanta  berjaya membawa pulang bingkai gambar tersebut dengan bidaan sebanyak 4200.00 LE.

Program ini turut dimeriahkan dengan persembahan sajak daripada pelajar Universiti Al-Azhar, persembahan nasyid oleh kumpulan Voice of Syifa dan pesembahan Qasidah daripada kumpulan AnNafis yang dijemput dari Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) Kedah.

dihantar oleh AinNabila

Comments   

sa
# sa 2014-02-19 20:37
"Permulaan bidaan hambar kerana ketiadaan peserta dari Universiti Kaherah yang terpaksa pulang lebih awal" - Really? What a pathetic report!
Quote

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version