PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

[MAT-10] Pengakhiran 4 Usul di MAT-10

Rate this item
(1 Vote)

 Zagazig, 22 Mac – Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-10 (MAT-10) yang julung-julung kali diadakan di bumi kuda putih ini telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat, 21 Mac. MAT-10 ini menyaksikan kehadiran para perwakilan daripada 7 buah PERUBATAN Cawangan dari seluruh Mesir.

10149416 732455490120860 505472674 n

Walaupun mesyuarat terpaksa bermula lewat daripada yang dijangkakan, tetapi para perwakilan tetap bersemangat untuk bermesyuarat. Sebanyak 4 usul yang telah diluluskan oleh lembaga penasihat telah dibahaskan di dalam MAT-10 pada kali ini. Daripada 4 usul ini, 1 usul telah diluluskan, 1 usul ditolak dan 2 usul ditarik balik oleh pengusul sepanjang mesyuarat ini dijalankan.

BERIKUT MERUPAKAN USUL YANG TELAH DILULUSKAN:

 Usul 2:

“Meminda Fasal 17: Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN, Perkara 2: Pemilihan, Ceraian B dalam Perlembagaan PERUBATAN: Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN adalah terdiri daripada 2 orang wakil (seorang lelaki dan seorang perempuan) daripada setiap PERUBATAN Cawangan mengikut universiti kepada;
Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN adalah terdiri daripada 2 orang wakil (seorang lelaki dan seorang perempuan) daripada setiap PERUBATAN Cawangan mengikut universiti tidak termasuk ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN yang dikekalkan”

(Naim bin Sarfaraz Ahmad, Tahun 6, Perubatan, Universiti Zagazig)

BERIKUT MERUPAKAN USUL YANG TELAH DITOLAK

Usul 1:

“Merancakkan gerak kerja intelek melalui penubuhan pusat kajian ilmiah untuk membincangkan isu-isu sejagat serta membudayakan dan memperkayakan khazanah ilmu”

(Muhammad Shafiq bin Kadir,  Tahun 2, Perubatan, Universiti Ain Shams)

BERIKUT MERUPAKAN USUL YANG DITARIK BALIK:

Usul 3:

“PERUBATAN menerajui usaha bagi mewujudkan kesatuan dan suasana harmoni dalam kalangan mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang pemikiran dengan menunjukkan keterbukaan PERUBATAN terhadap persatuan-persatuan di Mesir dengan usaha dialog; atau wacana; atau perbincangan; atau sebarang bentuk kerjasama yang mampu mengukuhkan PERUBATAN selaras dengan Objektif PERUBATAN yang termaktub dalam Fasal 6 Perkara 5 Perlembagaan PERUBATAN.”

(Ahmad Dzarin bin Hanafi, Tahun 6, Perubatan, Universiti Iskandariah)

Usul 4:

“PERUBATAN menekankan aspek pembangunan mahasiswi secara menyeluruh bagi melahirkan mahasiswi kelas pertama.”

(Inirah Syazwin binti Mohd Razally, Tahun 6, Perubatan, Universiti Zagazig)

Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian perwakilan menyuarakan rasa ketidak puasan hati apabila terdapat beberapa usul yang tidak dapat dibahaskan dengan baik kerana kesuntukkan masa. Juga terdapat usul yang terus ditarik balik oleh pengusul tanpa dibahaskan oleh para perwakilan yang hadir. Semoga MAT-10 ini menjadi titik tolak kepada perubahan PERUBATAN ke arah yang lebih baik dan semua ahli digesa untuk sama-sama menjayakan usul yang telah disepakati bersama.

dihantar oleh AinNabila

Comments   

Ahmad Bakri Salaman
+1 # Ahmad Bakri Salaman 2014-03-24 15:15
salam, ada video perbahasan isu tak di youtube?
Quote
hafizadam
# hafizadam 2014-03-24 19:09
setakat ini belum ada lagi.
mungkin akan dimuatnaik sekiranya berkelapangan.
Quote

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version