PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

"Hujung Dunia Lagu Motivasi" - Hanie Soraya

Rate this item
(3 votes)

"Mula-mula dengar macam suara Amy Mastura," begitu salah satu komen yang dilontarkan pada laman Youtube video muzik Hujung Dunia nyanyian Hanie Soraya. Setelah seminggu dimuat naik, ia telah mencapai 25,000 tontonan dan makin meningkat naik.

Nama Hanie Soraya binti Taha mungkin tidak sepopular Hanez Suraya tapi berjaya menghasilkan single pertama pada usia 20 tahun, ia merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Namun mungkin ramai yang tidak tahu, beliau merupakan pelajar perubatan Tahun Dua Universiti Mansurah Mesir di bawah Program Mansoura-Manchester.

"Sebenarnya banyak mesej yang kami cuba sampaikan melalui lagu ini. Bagi kami, ini adalah lagu motivasi." Hanie turut menjelaskan lagu ini adalah hasil beliau bersama Faizal Tahir, Omar K dan Mike Chan.

"Kalau semua orang buat lagu cinta, membosankan lah kan?" katanya sambil ketawa.

Hanie juga menyifatkan Hujung Dunia bukan video muzik pertamanya, kerana sebelum itu beliau pernah menghasilkan video muzik untuk cover lagu Skinny Love (Bon Iver) bersama CST Productions.

haniesorayao-hujungdunia

HANIE, JOM BUAT COVER!

Penglibatan Hanie Soraya sebenarnya bermula lebih awal melalui lagu-lagu cover yang dimuat naik ke laman Youtube. Anak bongsu daripada 3 beradik ini menceritakan bagaimana beliau mula berjinak-jinak dengan gitar sejak usia 16 tahun.

"Abang Hanie bagi hadiah gitar semasa Hari Lahir ke-16. Dia dah tak guna gitar tersebut sebab belajar di Aberdeen. Maka Hanie belajar main gitar dengan kawan. Dia yang ajar macam mana nak baca kord dan segalanya."

Internet juga turut membantu Hanie belajar lebih lanjut, memandangkan dunia kini berada di hujung jari.

"Satu hari masa kawan Hanie tengah mengajar tiba-tiba dia cakap, 'Hanie, jom buat cover!'"

Pada mulanya, video yang dimuat naik hanya sebagai suka-suka dan salah satu cara menghilangkan tekanan, namun melihat pada dorongan daripada penonton dan jumlah Share, membuatkan Hanie Soraya bertambah minat untuk menghasilkan lebih banyak lagu cover. Menurut Hanie, beliau merasa gembira apabila melihat penontonnya suka dengan video yang dihasilkan.

Siapa juga sangka, lagu cover The A-Team yang beliau muat naik menyebabkan Warner Bros (Malaysia) menjemput beliau untuk mengadakan persembahan ketika pelancaran album Ed Sheeran di Malaysia pada tahun 2012. Tahun tersebut juga beliau menyertai ujibakat tertutup oleh Faizal Tahir sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir.

"Waktu itu Faizal Tahir ada buat ujibakat tertutup. Ahli keluarga Hanie semua bagi dorongan supaya cuba sertai. Jujurnya, mula-mula Hanie tak nak sebab segan. Tapi cair apabila kakak pujuk."

"Hanie pergi semata-mata untuk mencuba. Dan seperti biasa, tanpa menaruh harapan yang tinggi."

Hasilnya, beliau kini memiliki lagu sendiri.

MACAM BUDAK-BUDAK

haniesorayaoBercita-cita menjadi doktor sejak kecil, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati ini mengakui cabaran belajar di bumi Mesir ini adalah masalah bahasa.

"Mula-mula rasa macam kelakar sebab kalau nak berkomunikasi dengan orang Arab kena guna isyarat tangan dan macam-macam." Namun lama-kelamaan beliau belajar bertutur sedikit demi sedikit dan mula faham apa yang Arab bicarakan walaupun tidak sepenuhnya.

"Kawan Arab Hanie selalu gelak. Dia kata Hanie bercakap macam budak-budak. Tatabahasa semua berterabur. Tapi Hanie tak kisah pun sebab kalau nak belajar kenalah buat salah dulu kan?"

Ketika ditanya kenapa mengambil bidang perubatan beliau berkata, "It's my dream to help people."

"Bagi Hanie bidang perubatan ini salah satu bidang yang mendekatkan diri kita dengan Allah. Semakin banyak kita belajar, semakin spesifik dan kompleks perkara yang kita tahu tentang penciptaan manusia. Semakin kita sedar tiada siapa yang mampu menghasilkan makhluk sedemikian."

"Dan itu adalah sangat mengagumkan."

HIDUP DALAM KOMUNITI

Imej beliau sebagai pemuzik wanita sudah tentu mengundang kontroversi dalam komuniti Melayu di bumi Mesir namun gadis Kuala Lumpur ini sedia menerima apa sahaja kritikan yang bakal diterima.

"Mungkin ada yang kurang senang dengan Hanie. Tapi setakat ini tak pernah dengar lagi orang cakap apa-apa. Kalau Hanie kena kritik pun, Hanie terima dengan hati yang terbuka. Semua orang ada pendapat masing-masing."

Sebagai pelajar perubatan juga, Hanie Soraya tidak terlepas daripada melibatkan diri dengan aktiviti anjuran PERUBATAN Cawangan Mansurah. Beliau menyatakan beberapa rakannya adalah AJK PCM dan beliau sendiri meminati program seperti Career Talk, GARDEN, MESRA, dan acara-acara sukan.

"Program LIFE (Love Islam For Eternity) pun Hanie suka," ujar beliau, menunjukkan program PERUBATAN sebenarnya mendapat tempat di hati semua lapisan masyarakat.

Info Hanie

Hanie Soraya merupakan pelajar perubatan Universiti Mansurah dan boleh ditemui melalui media sosial Facebook Hanie Soraya Taha, Youtube HanieSorayaO dan Twitter hanieskinny. Jangan lupa untuk mengundi beliau di Carta Top 40 ERA.fm.

dihantar oleh hafizadam
Muhammad Hafiz Adam Azlan

Fakulti perubatan Universiti Kaherah sejak 2006. Penerbitan & Penerangan sejak 2007. PERUBATANonline sejak 2008.

Website: akudarahanakmalaysia.net

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version