PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

[MAT-10] Perwakilan Muda Seru PERUBATAN Rancakkan Kajian Intelektual

Rate this item
(0 votes)

Zagazig, 22 Mac- Usul yang dibawa oleh perwakilan muda dari PERUBATAN Cawangan Ain Shams, Muhammad Shafiq bin Kadir nyata satu cubaan berani dalam memberi dimensi baru untuk diteroka oleh ahli PERUBATAN.

Usul yang dibawa oleh Muhammad Shafiq adalah:

 “Merancakkan gerak kerja intelek melalui penubuhan pusat kajian ilmiah untuk membincangkan isu-isu sejagat serta membudayakan dan memperkayakan khazanah ilmu”

Shafiq menyatakan bahawa pusat kajian ilmiah ini ditubuhkan agar ada medium untuk golongan minoriti yang berminat dalam bidang pengkajian ataupun idealis, tetapi tidak boleh menjadi aktivis.

1115927 10201772434932881 1004181107 o

Pareto principle membawa konsep utiliti dan effisiensi. Dengan 20% usaha dan 80% hasil. Pusat kajian ilmiah hanya memerlukan sekelompok kecil yang cerdas untuk duduk bekerja dan berbincang. 5-6 orang seluruh mesir akan mengurangkan tenaga kerja yang kian meruncing? Dengan usaha dari kelompok kecil ini, kita mampu memberi manfaat yang besar kepada masyarakat Malaysia Mesir juga warga Malaysia sendiri.” Kata Che Muhammad Nur Anas, perwakilan dari PERUBATAN Cawangan Ain Shams yang turut terkilan kerana tidak sempat berbahas disebabkan kesuntukan masa.

Manakala bagi Muhamad Asyraf bin Zubir Al Bakri pula, beliau merasakan hujah yang kuat untuk semua perwakilan fikirkan berkenaan ahli-ahli PERUBATAN yang mempunyai pelbagai minat adalah satu perkara yang tidak berfokus dan tidak realistik untuk dilaksanakan.

Perwakilan Mansurah ini menjelaskan lagi, “ Pertama, kita tidak mempunyai sumber rujukan yang solid. Keduanya, saya nampak usul ini sekiranya ingin dilaksanakan memerlukan satu teknikal yang besar sedangkan saya percaya legasi yang cuba dibawa oleh Saudara ‘Arif Rukaini, presiden baru kita merupakan satu pembaharuan dan pemantapan dari sudut akademik dan lain-lain.”

Walaupun usul ini ditolak, seluruh perwakilan tetap menyambut baik usaha Muhammad Syafiq kerana berani tampil dengan usul tersebut sekali gus menyedarkan ahli PERUBATAN tentang kepentingan sesuatu pengkajian ilmu yang bermanfaat dalam mendepani sesuatu isu.

Namun, usaha tersebut tidak akan sia-sia sekiranya ahli bijak mengoptimumkan medium yang sedia ada dalam PERUBATAN selaras dengan pembawaan presiden dalam menjayakan agenda Profesionalisme Membentuk Mahasiswa Berminda Kelas Pertama.

dihantar oleh AinNabila
Ain Nabila Abdul Hamid

Wartawan dari Universiti Ain Shams ini cekap mencari peristiwa semasa yang berlaku dalam kalangan pelajar perubatan di mesir.

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version