PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

Unit Gerak Khas Sedia Berkhidmat!

Rate this item
(0 votes)

Abbasiyah, 28 Mac – Program ‘Sneakers & Stiletto’ anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI) dan Unit Bait Muslim (UBM) telah berakhir dengan pelancaran Etika JAKSI dan slot ‘JAKSI Reborn’. Kenaikan sesi baru ini menyaksikan penubuhan satu unit baharu di bawah JAKSI iaitu Unit Gerak Khas.

Unit ini diperkenalkan bagi melancarkan lagi gerak kerja JAKSI dalam menjaga keselamatan khususnya golongan akhawat di bumi Mesir ini. Antara gerak kerja unit ini adalah membuat rondaan keselamatan dan bertindak dalam hal-hal kecemasan. Turut dilancarkan dalam slot ini adalah logo baharu JAKSI.

974575 438416902958564 2056187123 n

Program seharian yang berkonsepkan hari terbuka ini berjaya menarik perhatian ahli apabila ditampilkan Ustaz Nazrul bin Nasir sebagai panel dalam slot forum ‘Aku dan Dia’.  Bergandingan dengan Saudari Nurul Husna binti Abu Bakar di bawah kelolaan Saudari Nihal binti Tarmizi, slot telah membuka minda dan mata hadirin berkenaan konsep sebenar ikhtilat.

Turut dijemput Ustaz Jamal Najmuddin untuk slot ‘Amar Makruf Nahi Munkar’. Tajuk ini dilihat biasa namun berjaya dikupas dengan menarik oleh Ustaz Jamal. Pasangan suami isteri, Saudara Afiq Muhammed Fahimy dan Saudari Sarah Suraya Zaman turut dijemput menemani Ustaz Noorazam Bahador bagi mengisi slot wacana ‘Mahligai Cintaku’. Wacana ini bertujuan memberi pendedahan awal tentang kehidupan berumahtangga dan tips-tips membina keluarga yang diberkati.

Kesimpulan mudah yang dibuat Saudara Afiq Muhammed Fahimy dipengakhiran bicaranya, “ Secara teorinya kahwin itu memang mudah. Secara realitinya, kita perlu berfikir untuk masa-masa akan datang.”

Program yang menggabungkan tiga cawangan ini turut diserikan juga pengenalan barisan Majlis Tertinggi PERUBATAN sesi 2014/2015, pameran JAKSI dan UBM serta booth PHARMACOMICS, Medical Team dan juga PEACE.

Semoga dengan program ini kita dapat menambahkan pengetahuan kita dan dapat disampaikan kepada orang lain sepertimana yang diharapkan oleh Tuan Haji Muhammad Imran bin Haji Ibrahim, Setiausaha Kedua Pendidikan Akademik Medik Penyelidikan dan Pengkormesilan, Education Malaysia Egypt (EME) dalam ucapan perasmiannya.

dihantar oleh AinNabila

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version