PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

[PWTC '15] Sumbangan Akan Disalurkan Kepada Mangsa Banjir

Rate this item
(0 votes)

Kaherah, 29 Januari- Replika cek bernilai LE 41 199.95 telah diserahkan kepada UNIC selaku duta Muslim Care untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Presiden PERUBATAN Muhammad ‘Arif Rukaini ketika berlangsungnya Konsert Malam Amal di Dewan Konferens Kasr El-Aini.

905905 10152773072343198 7469442890175385683 o

Namun, jumlah tersebut tidak termasuk dengan sumbangan dalam mata wang asing iaitu USD 4997, RM 2072 dan BAISA 300. Sumbangan tersebut akan diserahkan kepada mangsa banjir untuk menampung kos-kos kerugian yang telah mereka alami akibat banjir teruk yang berlaku di Malaysia pada akhir tahun 2014 yang lalu.

Pada masa yang sama, tabung kutipan Syria Winter Mission (SWiM) telah dilancarkan ketika konsert sedang berlangsung semalam. Hasil kutipan yang berjumlah LE 8079.25 dan USD 250 ini akan diserahkan kepada Kem Pelarian Syria di Jordan.

“ Alhamdulillah, dalam satu malam saja kita dapat buat kutipan yang banyak untuk membantu saudara seagama kita yang ditindas di negara mereka sendiri. Semoga sedekah yang kita beri ini menjadi salah satu amal jariah kita di akhirat kelak. Tahniah kepada PERUBATAN kerana berjaya menghiburkan kami dengan persembahan yang padu hasil gabungan kumpulan UNIC dan Halim Ahmad.” Kata Siti Nadiah binti Abdul Mutalip dengan nada ceria apabila dapat mendengar lagu kesukaan beliau dinyanyikan secara langsung oleh kumpulan nasyid tersebut.

dihantar oleh AinNabila
Ain Nabila Abdul Hamid

Wartawan dari Universiti Ain Shams ini cekap mencari peristiwa semasa yang berlaku dalam kalangan pelajar perubatan di mesir.

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version