PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

[PWtC'15] BITARA: Membina Identiti,Merintis Transformasi

Rate this item
(0 votes)

Kaherah, 29 Januari - Ustaz Anhar bin Opir telah diterbangkan khas dari Jordan dan mengupas isu “al-Kahfi & Identiti Diri” di dalam seminar PERUBATAN yang keenam dengan begitu terperinci. Ternyata pembentangan beliau telah meningkatkan keyakinan para peserta yang hadir untuk menolak ideologi asing yang meletakkan dunia sebagai titik akhir.10942580 10152776110383198 4648790677908885004 o

   Ternyata tema yang dibawakan oleh seminar kali ini iaitu ‘Membina Identiti, Merintis Transformasi’ sedikit sebanyak telah berjaya membina identiti mahasiswa sains kesihatan berteraskan al-Quran serta membina sifat prihatin terhadap masyarakat melalui pemahaman isu secara tuntas.

   Slot Transformasi Kesihatan: ‘Mulanya di Sini’ yang disampaikan oleh Dr Wan Mohd Razin Wan Hassan berjaya merungkaikan kesan transformasi kesihatan kepada mahasiswa sains kesihatan. Rata-rata peserta menyatakan minda mereka tercelik dengan perbincangan cabaran bidang kesihatan secara amnya.

   Hari pertama Seminar BITARA ini diakhiri dengan slot ‘Melakar Trajektori Karier’ yang menjadi perbahasan hangat warga dewan. Para peserta dari bidang pergigian dan farmasi bangkit menyuarakan pendapat mereka. Walau bagaimanapun slot ini dapat meluaskan gambaran para peserta terhadap prospek kerjaya serta menimbulkan kesedaran akan keperluan untuk memenuhi sesuatu posisi dalam kepakaran tertentu.10887629 10152776116283198 6863438339933264238 o

dihantar oleh Fathinah

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version