PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

[SYRIA WINTER IN MISSION (SWIM): PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA PERUBATAN KEPADA PELARIAN SYRIA DI JORDAN]

Rate this item
(0 votes)

Sebagaimana Tuhan telah berfirman,
Infaqlah harta dan juga sumbangan,
Mahasiswa PERUBATAN sangat dermawan,
Membuktikan amalan manifestasi keimanan.

Pada 7 Februari yang lalu, telah berlangsungnya ramah mesra barisan pimpinan Majlis Tertinggi PERUBATAN bersama wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) yang diketuai oleh saudara Syairazi Muhammad Husni bin Mohd Sharoni.

   Pada kesempatan ini, PERUBATAN yang diwakili tuan presiden Mohamad 'Arif Rukaini bin Mohamed Sufian telah menyerahkan sumbangan wang yang berjumlah USD 14,221 dan 71 Dinar kepada wakil MPMMJ untuk diserahkan kepada Muslim Care di Jordan. 10986850 10204597338706559 5660178792793340730 o

   Kutipan derma khusus buat pelarian Syria ini telah dilancarkan oleh Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan pada tahun lepas sempena misi membantu mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam kedinginan musim sejuk.

   Sumbangan yang telah diserahkan pada malam tersebut adalah hasil daripada sumbangan ahli PERUBATAN pada kempen SWIM tahun lepas, 10 % program Syantah Ramadan 1435H, dan sumbangan melalui harga tiket pada program Konsert Malam Amal PERUBATAN bersama UNIC dan Halim Ahmad 

   Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan kesemua kempen dan program ini. Semoga Allah SWT Taala menerima usaha kecil kita ini dan diberi ganjaran yang lebih baik di akhirat kelak, insyaAllah.

   "Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan infakkanlah sebahagian dari harta yang Dia telah menjadikan kamu sebagai pengasasnya (amanah). Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menginfakkan (hartanya di jalan Allah) memperoleh pahala yang besar. " [al-Hadid; 7]

dihantar oleh Fathinah

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version