PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

Laporan Konsert Malam Amal PERUBATAN

Rate this item
(0 votes)

28 JANUARI -Telah berlangsungnya Konsert Malam Amal PERUBATAN bertempat di Dewan Konferens Kasr el Aini, Universiti Kaherah. Konsert amal ini telah diadakan bagi mengutip kutipan dana untuk disalurkan kepada mangsa pelarian Syria di Jordan, di bawah program Syria Winter Mission (SWIM) dengan kerjasama Muslim Care yang diwakili oleh kumpulan nasyid tanah air yang dijemput khas dari Malaysia iaitu kumpulan nasyid UNIC. Kumpulan nasyid UNIC yang terdiri daripada 2 orang iaitu Bazli dan Fakhrul dan artis nasyid solo, Halim Ahmad telah diterbangkan khas dari Malaysia bagi menjayakan konsert amal ini.

Program bermula seawal 12.00 tengah hari dengan pameran-pameran yang diadakan diluar dewan oleh PERUBATAN For Peace and Care(PEACE) mengenai beberapa isu kemanusiaan yang berkisar tentang nasib umat Islam secara khusus.  Antara pameran yang diadakan adalah pameran tentang isu keganasan puak BODO (disebut dengan BORO) terhadap kaum Bengali muslim yang berlaku di Assam iaitu sebuah negeri di utara timur India. Selain itu, PEACE juga membuat pameran dan kutipan terhadap mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri  yang dilanda banjir di Malaysia. Program diteruskan lagi dengan sesi ramah mesra bersama UNIC dan Halim Ahmad bersama pengunjung yang hadir di samping jualan-jualan album yang dibawa dari Malaysia.

Pada jam 3.30 petang, acara dewan dimulakan dengan persembahan nasyid oleh Zagagiak iaitu kumpulan nasyid daripada pelajar PERUBATAN Cawangan Zagazig dan diikuti persembahan daripada Halim Ahmad dan UNIC. UNIC memulakan persembahan mereka dengan alunan doa rabitah yang digubah menjadi nasyid dan seterusnya dendangan 7  buah lagu nasyid yang lain seperti nasyid Syamail Muhammadiah, Jalinan, Siring Sehaluan dan Ya Hanana.  Syamail Muhammadiah merupakan lagu terbaru kumpulan nasyid tersebut yang merupakan lagu tema bagi rancangan di tv Al-HIJRAH. Konsert ini dimeriahkan lagi dengan persembahan melodrama dan sajak oleh pelajar-pelajar PERUBATAN yang membawa mesej tentang kepentingan mengambil cakna tentang isu kemanusiaan sejagat. 

Sebelum majlis melabuhkan tirainya, duit tabung Kutipan Mangsa Banjir Malaysia yang berjumlah USD 9797, RM 2072.50, BAISA 300, RIYAL OMAN 0.5, RIYAL SAUDI 1 telah diserahkan kepada UNIC oleh Presiden PERUBATAN, Saudara Mohamad 'Arif Rukaini bin Mohamed Sufian untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Majlis berakhir dengan sesi fotografi bersama UNIC. Antara pandangan yang diterima daripada penonton mengenai perjalanan program, rata-rata daripada mereka memuji dan berharap untuk diteruskan lagi program seperti ini pada tahun-tahun akan datang.905905 10152773072343198 7469442890175385683 o

dihantar oleh Fathinah

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version