PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

[MAT-11: JUMLAH PERWAKILAN MELEBIHI SASARAN?]

Rate this item
(1 Vote)

Sayeda Zainab, 11 Mac – Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-11 yang bakal berlangsung pada 13 Mac 2015 ini dilihat mendapat sambutan yang hangat. Menurut Pengarah MAT-11 pada kali ini, Saudara Muhammad Murshid bin Abdul Halim,”Kami menganggarkan kehadiran para ahli persidangan seramai 700 orang. Namun agak mengejutkan apabila selesai fasa 1 pendaftaran, masih ada sebilangan ahli yang masih bersemangat untuk mendaftar.”

   Hal ini menyebabkan terdapat ahli yang telah mendaftar terpaksa dimasukkan di dalam senarai menunggu. Promosi yang berkesan dilihat telah berjaya menarik ahli PERUBATAN untuk sama-sama menjadi perwakilan pada MAT-11 kali ini. “Di samping karya promosi yang secara peribadinya saya merasakan lain daripada yang lain,” tambah beliau lagi.

   Menurut beliau lagi, jumlah pendaftaran perwakilan yang ramai ini telah membuktikan juga bahawa ahli PERUBATAN sudah semakin cakna dan mengambil berat tentang persatuan mereka sendiri. Hal ini tidak akan berlaku sekiranya tiada kecintaan untuk PERUBATAN.

1980161 10152104230583198 1629525151 o

   “Akhir sekali, saya berharap agar penerus legasi PERUBATAN yang masih bernafas di bumi anbiya ini dapat bersatu dalam mengemudi persatuan walau di mana jua posisi mereka dan khusus untuk perwakilan dan pemerhati MAT-11, cepat sampai, cepat habis. Seluas dakapan tangan kami hulurkan menyambut kedatangan kalian,” ujar beliau.

dihantar oleh Fathinah

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version