PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

[Penyerahan Kutipan Derma Kilat Buat Arwah Sumayyah]

Rate this item
(0 votes)

Sebagaimana umum mengetahui, PERUBATAN telah melancarkan satu kutipan derma kilat serentak seluruh cawangan buat al-Marhumah Sumayyah binti Shafuddin, mahasiswa kuliah Bahasa Arab tahun 1 daripada negeri Kelantan.

   Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Saudari Nurul Izzah binti Abdul Halim, Timbalan Presiden PERUBATAN sesi 2014/2015 pada 9 Mac yang lalu kepada ibu arwah, Puan Suhana binti Husin. Hasil kutipan tersebut bernilai LE 80,833.80, RM 69.90, Euro 10.7 dan Lira 5.11064378 1027297163965974 769439113 o

   Justeru, PERUBATAN merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga al-Marhumah Sumayyah. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan buat semua ahli PERUBATAN yang telah bermurah hati dan memberikan sumbangan yang tidak dijangka ini. Semoga semua pemberian ikhlas dari kita semua dikira di sisi Allah SWT dan mampu menjadi asbab berat timbangan kebaikan di akhirat kelak. Insya-Allah.

   "Anak adalah pinjaman, sekiranya ditakdirkan Allah untuk pergi dahulu, makcik redha dengan ujian ini", ujar ibu arwah. Semoga seluruh ahli keluarga al-Marhumah Sumayyah diberi ketabahan oleh Allah SWT. Sama-sama kita doakan semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang soleh.

dihantar oleh Fathinah

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version