PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

[MAT-11] 2 Usul Diterima, 2 Usul Ditolak

Rate this item
(1 Vote)

Kaherah, 11 Mac – Sebanyak 4 usul telah dibahaskan pada Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN kali ke-11 (MAT-11) pada kali ini. Sebanyak 2 usul diterima manakala 2 usul lagi telah ditolak.11065103 10203850679249332 557398370 o

Usul “Mewujudkan Panel Pengkajian Penubuhan Alumni Graduan Sains Kesihatan Mesir” serta usul “PERUBATAN mendesak pihak berwajib menyelesaikan masalah pengiktirafan Jurusan Farmasi Klinikal di Universiti Zagazig, Mansurah dan Iskandariah” telah diterima oleh perwakilan.

Manakala 2 usul lagi telah ditolak iaitu usul “Menghazafkan Jawatankuasa Keselamatan & Sosial Islam (JAKSI) dan tugas diletakkan di bawah pantauan Unit Biah Solehah BPI dalam menjaga nama baik PERUBATAN” yang telah dipinda kepada “Pengkajian Semula secara Menyeluruh Gerak Kerja JAKSI meliputi Pelaksanaan, Muhafazah, Etika, Pemilihan Sahabat JAKSI serta Penekanan Aspek Keselamatan” serta usul “Mewujudkan unit kajian lapangan ilmu perubatan untuk menghasilkan kajian ilmiah dan saintifik”

Menurut Saudari Nur Sabiha binti Zakaria, salah seorang Penasihat PERUBATAN 2014/2015, beliau sangat berpuas hati dengan keseluruhan sesi pembentangan & perbahasan yang nampak makin matang. Seterusnya, memudahkan ahli untuk membuat keputusan dengan baik.

“Selain itu, disebabkan pengusul mengubah matan pada saat akhir, penasihat perlu campur tangan untuk memastikan perbincangan selari dengan perlembagaan PERUBATAN,” ujar beliau.

“Soal usul diterima atau ditolak bukan yang paling utama. Saya sebenarnya berharap keempat-empat usul ini dapat memberi kefahaman & kesedaran kepada ahli tentang isu yang berputar di sekitar PERUBATAN seperti isu JAKSI & isu bidang Farmasi,” tambah beliau lagi.

Selain pembentangan usul, MAT-11 kali ini menyaksikan perasmian lagu “Kita Keluarga PERUBATAN”. Lagu ini telah dihasilkan oleh 12 orang krew yang dipilih berdasarkan kebolehan dalam menyanyi dan menulis lirik.

“Alhamdulillah dan tahniah. Bagi saya, ia menjadi satu lambang kebanggaan dan identiti persatuan kita di sini. Bait-bait liriknya yang menjelaskan matlamat PERUBATAN itu sendiri dapat memupuk semangat ahli untuk terus bersama PERUBATAN hingga ke akhirnya,” kata Saudari Noor Asyireen binti Ayub, salah seorang perwakilan daripada PERUBATAN Cawangan Kaherah.

dihantar oleh Fathinah

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version