PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

[MAT-11] Ahmad Naufal Menang, Walaupun Usul Tewas

Rate this item
(1 Vote)

Kaherah, 13 Mac- Dewan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-11 (MAT 11) PERUBATAN rancak dengan soal jawab dan perbahasan mengenai usul ‘Menghazafkan Jawatankuasa Keselamatan & Sosial Islam (JAKSI) dan tugas diletakkan di bawah pantauan Unit Biah Solehah BPI dalam menjaga nama baik PERUBATAN’. Usul ini dibawa oleh Ahmad Naufal bin Nordin dari PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI).

Bagaimana pun, semasa sesi pembentangan usul Ahmad Naufal telah mengakui bahawa beliau berada dalam keadaan emosi semasa usul tersebut dibuat. Maka, beliau telah meminda usul kepada ‘Pengkajian semula secara menyeluruh gerak kerja JAKSI meliputi pelaksaan, muhafazah, etika, pemilihan sahabat JAKSI serta penekanan aspek keselamatan’.

Pemindaan usul tersebut berlaku setelah beliau berpendapat, penghapusan sistem tanpa kajian yang mantap dan terperinci hanya mengundang permasalahan yang lebih besar dan seolah-olah lari daripada mencari solusi. Selain itu, ia akan memberi peluang kepada cawangan lain untuk menimbang tara matan usul kerana tidak semua cawangan mempunyai masalah JAKSI serta mengajak ahli bersama-sama mencari solusi dalam usaha penambahbaikan.

Namun, pola persidangan menjadi sedikit panas setelah Penasihat PERUBATAN menerangkan bahawa sesi perbahasan hanya boleh dilakukan kepada matan usul yang pertama kerana usul yang dipinda sebelum perbahasan telah mengubah seluruh maksud matan yang asal.

Menurut Ahmad Naufal,“ Perbahasan aktif wakil persidangan berkenaan usul panas di Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 11 membuktikan bahawa tema mesyuarat iaitu 'Suarakan Solusi, Menuju Transformasi' amat berbersesuaian dan tepat apabila semua ahli persidangan sentiasa mempunyai hujah dan pendapat tentang kelemahan dan kelebihan yang terdapat pada matan usul tersebut.”

Jelas beliau lagi, walaupun usul yang dipinda telah tewas dalam kiraan undi, namun mesej yang beliau ingin sampaikan kepada ahli persidangan telah berjaya menawan majoriti daripada mereka dan itu adalah salah satu kemenangan bagi beliau. Beliau berharap semoga JAKSI akan berjaya diperhalusi gerak kerja dan menjadi lebih baik di masa hadapan.

Meskipun perbahasan pada matan usul asal telah menjentik sensitiviti sebilangan ahli, namun para perwakilan masih dapat berbahas dengan baik dan penuh adab disebalik kehangatan tersebut. Sesuai dengan saranan mantan presiden Muhammad 'Arif Rukaini supaya ahli bersikap matang dan rasional serta saling menghormati pandangan masing-masing bagi menerapkan elemen kesatuan yang telah lama terbina.

HIL 8742

dihantar oleh AinNabila
Ain Nabila Abdul Hamid

Wartawan dari Universiti Ain Shams ini cekap mencari peristiwa semasa yang berlaku dalam kalangan pelajar perubatan di mesir.

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version